Do’zee dan Santara mengumumkan secara rasmi pelantikan Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj Sultan Idris A’fifullah Shah sebagai penasihat kedua-dua jenama itu.

Automasi optimum pengeluaran, bantu teroka pasaran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penggunaan teknologi robotik dalam operasi pembuatan menjadi strategi pengeluar produk pencuci tempatan, Do’zee untuk mengoptimumkan kapasiti pengeluaran sekali gus memenuhi permintaan pasaran domestik dan antarabangsa yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Do’zee dan Santara, Datuk Seri Dr. Mohd Syukri berkata, syarikat merancang pelaburan kira-kira RM5 juta bagi menaik taraf barisan pengeluaran menerusi penggunaan sistem robotik.

Menurutnya, peralihan teknologi itu dijangka meningkatkan kelajuan pengeluaran antara tiga hingga empat kali ganda berbanding kapasiti semasa, selain mengurangkan pembaziran bahan dan produk yang ditolak akibat kecacatan.

Katanya, operasi syarikat ketika ini menggunakan kira-kira 85 peratus mesin automatik, manakala baki 15 peratus masih bergantung kepada tenaga kerja manual.

“Jika kita beralih kepada sistem robotik, pengeluaran dijangka lebih laju dan pantas, mungkin antara tiga hingga empat kali ganda, selain mengurangkan pembaziran serta produk yang ditolak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Pelantikan Penasihat Syarikat Do’zee dan Santara.

Pelantikan Yang Amat Mulia Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj sebagai Penasihat Do’zee dan Santara dijangka membantu memperkukuh perancangan strategik, tadbir urus serta hala tuju perniagaan kedua-dua syarikat.

Mengulas lanjut, Mohd Syukri berkata, peningkatan keupayaan pengeluaran itu penting bagi menyokong sasaran syarikat meningkatkan pengeluaran daripada 300,000 hingga 350,000 unit ketika ini kepada antara 500,000 hingga satu juta unit sebulan menjelang 2027.

Menurutnya, peningkatan kapasiti tersebut seiring perancangan memperluas rangkaian pengedaran ke lebih banyak pasar raya tempatan bagi membolehkan produk keluaran syarikat mencapai kelompok pengguna lebih besar.

Dalam masa sama, Do’zee turut memperkukuh pasaran eksport menerusi penghantaran produk ke Thailand, Brunei dan Dubai, dengan negara di Timur Tengah dikenal pasti sebagai antara pasaran berpotensi untuk diterokai.

Katanya, Dubai berperanan sebagai hab pengedaran bagi membuka akses kepada pasaran lebih luas di rantau berkenaan, selain syarikat menyasarkan penghantaran antara 10 hingga 15 kontena bersaiz 20 kaki dari Malaysia ke negara itu setiap bulan.

“Pasaran kita bukan hanya tertumpu di Dubai kerana sudah ada kumpulan lain di Timur Tengah yang menunjukkan minat. Kita akan menggunakan Dubai sebagai hab untuk mengembangkan pasaran,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN