Keadaan tanah runtuh yang berlaku dilaluan Lojing menghala ke Cameron Highlands.

[VIDEO] Laluan ke Cameron Highlands melalui Lojing ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Laluan utama menghubungkan Tanah Tinggi Lojing ke Cameron Highlands, Pahang ditutup sebahagian selepas berlaku tanah runtuh di FT185 berhampiran Yayasan Albarakah di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu menyebabkan lorong kiri menuju ke Cameron Highlands di Seksyen 84.15 ditutup kepada semua kenderaan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memaklumkan, tanah runtuh itu membabitkan kawasan sepanjang 20 meter dengan kedalaman 30 meter.

Katanya, kejadian turut menyebabkan permukaan jalan mengalami rekahan sepanjang 30 meter dengan lebar jalan 10.40 meter.

“Tanda Maklumat Pemberitahuan (TMP) sudah dipasang di lokasi kejadian bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN