Kebakaran sebuah premis yang menyebabkan seorang bayi dan kanak-kanak rentung di Kampung Teloi Tua, Sik pagi tadi.

Bayi, kanak-kanak lelaki rentung atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Seorang bayi berusia 16 bulan dan kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah pejabat yang dijadikan rumah di Kampung Teloi Tua, di sini pagi tadi.

Pegawai Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, pihaknya terima panggilan pukul 6.11 pagi sebelum pegawai operasi, Shahril Salleh bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus premis. Api dapat dikawal pada pukul 6.50 pagi.

“Dua mangsa dijumpai di atas katil masing-masing bayi berusia satu tahun empat bulan dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN