KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas kerika mandi bersama empat rakannya di sungai di Kampung Pulau Belacan di sini petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Ahmed Mazdan Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.41 petang sebelum bergegas ke lokasi bagi mencari dan menyelamat mangsa yang berusia 13 tahun.
“Setakat ini mangsa belum ditemui dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) masih menjalankan mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.
Difahamkan lima remaja tersebut sedang mandi sebelum mangsa disedari hilang oleh rakan-rakannya.- KOSMO! ONLINE














