Nurul Huda melayan anaknya, Muhammad dhiya yang kini terlantar dan pergerakannya terbatas selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat.

Selepas anak sulung ‘pergi’, anak ketiga diuji kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Seorang wanita berdepan dugaan berganda ­apabila bukan sahaja kehilangan anak secara mengejut, bahkan kini diuji dengan seorang lagi ­zuriat yang mengidap kanser tulang tahap empat hingga terpaksa melupakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Muhammad Dhiya Uddin Mohd. Najib, 17, kini hanya terbaring kaku dan tidak mampu menguruskan diri. Dia merupakan pelajar harapan SPM 2026 di SMK Sungai Kapar Indah, Klang.

Ibunya, Nurul Huda Ruslan, 43, berkata, anaknya mula rasa sakit pinggang selepas terjatuh ketika menyertai pertandingan sepak takraw antara daerah Julai tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak itu Muhammad Dhiya dia mula mengalami kesakitan secara ‘on off’ sebelum gurunya menyedari terdapat perubahan cara dia berjalan.

“Sebulan kemudian, anak sulung yang sedang mengikuti pengajian tajaan Jabatan Per­khidmatan Awam meninggal dunia secara mengejut.

“Sejak itu Muhammad Dhiya sering demam dan saya terkejut apabila dia disahkan menghidap kanser tulang selepas diperiksa di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di Taman Ukay Perdana di sini semalam.

Menurut Nurul Huda, doktor kemudian menyarankan Muhammad Dhiya menjalani rawatan 14 kitaran kemoterapi, namun dia hanya dapat melakukan 13 pusi­ngan sahaja ekoran kesihatannya yang semakin merosot.

Tambahnya, anaknya ada perubahan selepas menjalani lima kitaran kemoterapi apabila boleh bangun sendiri, tidak perlu di­suap dan menggunakan kerusi roda untuk ke tandas.

“Bagaimanapun kesihatannya kembali merosot selepas kemoterapi seterusnya apabila imbasan tomografi berkomputer mendapati kanser sudah me­rebak ke anggota badan lain,” katanya.

Ujar Nurul Huda, dia kemudian mengambil keputusan untuk menangguhkan kemoterapi di atas cadangan doktor dan cuba rawatan alternatif.

“Keadaan itu memaksanya melupakan hasrat menduduki SPM dan nampaknya cita-cita untuk mengambil jurusan perakaunan tidak tercapai,” katanya.

Menurut Nurul Huda, dia kehilangan pendapatan RM1,700 apabila terpaksa berhenti kerja sebagai kerani Januari lalu untuk menjaga anaknya dan kini bergantung kepada bantuan zakat RM1,200 sebulan untuk belanja dapur dan sewa rumah.

“Sejujurnya, jumlah itu sebenarnya tidak mencukupi memandangkan sewa rumah berjumlah RM1,000 selain perlu menanggung tiga lagi anak yang masih belajar.

“Selain itu, jika membawa anak menjalani rawatan kemoterapi pula, saya perlu menyewa ambulan pada harga RM500 selain kos lain ketika berada di hospital,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu juga boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam Nurul Huda Ruslan di nombor 12122020159455.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN