fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Kakak gomen’ sanggup datang jauh jumpa kekasih, akhirnya dicekup khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang wanita sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 100 kilometer dari Melaka ke bandar ini untuk bertemu kekasihnya sebelum pasangan itu dicekup berkhalwat di sebuah hotel di sini malam tadi.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkata, penjawat awam wanita dan teman lelakinya yang berstatus duda itu ditahan kira-kira pukul 11.35 malam.

Menurut JAINJ, pasangan berusia dalam lingkungan 30-an itu memberikan pelbagai alasan termasuk mendakwa sudah bernikah selain lelaki tersebut mempunyai rekod dikehendaki polis berhubung satu kesalahan jenayah.

“Bagaimanapun pasangan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen atau bukti sokongan termasuk gambar pernikahan mereka.

“Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu berkenalan menerusi media sosial kira-kira dua bulan lalu dan merancang untuk bernikah dalam masa terdekat. Wanita tersebut dipercayai baru beberapa bulan berpisah dengan bekas suaminya,” katanya dalam kenyataan.

Pasangan tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor atas kesalahan berkhalwat.

Tambah JAINJ, lelaki tersebut kini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN