fbpx
Keadaan motosikal Yamaha Y15ZR yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Muhammad Zulfiqar Aliff (gambar kecil) di LPT 2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman hari ini.

Mekanik maut ketika uji motosikal di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang mekanik yang sedang menguji motosikal Yamaha Y15ZR diperbaikinya maut setelah terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.45 pagi tersebut, mangsa, Muhammad Zulfiqar Aliff Mamat, 25, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Zulfiqar Aliff dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari bengkel membaiki motosikalnya di Felda Neram II, di sini.

“Dia dikatakan sedang menunggang uji motosikal milik rakan yang sedang dibaikinya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas lalu
merempuh penghadang jalan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, impak pelanggaran tersebut menyebabkan Muhammad Zulfiqar Aliff tercampak ke atas jalan raya.

Beliau berkata, mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini, untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN