PETALING JAYA – “Dari Guthrie menghala NKVE tutup, banjir paras paha katanya.
Itu perkongsian seorang pengguna Threads, @Hisyam.zakari, yang memaklumkan keadaan banjir di laluan di Lebuh Raya GCE menghala ke Lebuh Raya Baru Lembah Klang susulan hujan lebat, petang tadi.
Cuaca buruk itu menyebabkan Lebuh Raya GCE dinaiki air sehingga kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Menerusi video yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, jelas memaparkan kesesakan lalu lintas teruk di laluan berkenaan.
Video keadaan banjir yang berlaku turut dikongsikan pengguna @Hikenett, yang menunjukkan air banjir melimpah ke jalan raya sehingga menghalang pergerakan kenderaan.
“Info banjir dekat Lebuh Raya Guthrie,” katanya ringkas.
Hantaran berkenaan meriah perhatian orang ramai yang meninggalkan pelbagai komen.
“Nasib baik saya sempat lalu. Masa saya lalu memang air dah naik, tapi Alhamdulillah sampai rumah juga,” komen @Woo_kaya.
“Ya Allah, suami (saya) sangkut situ,” ujar @N.eyizzaaaaaa.
“Kenapa ia selalu Shah Alam? Tanya dengan nada sopan,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
















