fbpx
Tangkap layar video memaparkan cuaca buruk disertai petir yang bertalu-talu, hari ini di ibu negara.

[VIDEO] Cuma 30 saat, 15 petir ‘berdentum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Kawan-kawan, ini Kuala Lumpur. Semuanya okey ke?”

Itu reaksi seorang lelaki selepas berkongsi video yang memaparkan kejadian petir ‘bertalu-talu’ di ibu negara, hari ini.

Hantaran oleh @Nigerlim_ di media sosial itu mengundang perhatian apabila video berkenaan menunjukkan keadaan cuaca mendung dan hujan dengan bunyi dentuman petir berulang kali dalam tempoh singkat.

“Lebih 15 kali bunyi guruh dalam tempoh 30 saat,” katanya.

Hantaran itu meraih perhatian orang ramai, malah ada yang menyuarakan kebimbangan berkemungkinan banjir kilat di sekitar ibu negara disebabkan cuaca buruk berkenaan.

“Banjir kilat mungkin berlaku. Berhati-hati warga Kuala Lumpur” ujar @Zektakula.

“Banjir di Ara Damansara,” komen @Mellissa.1111.

“Menakutkan,” kata @Azeemyousofit. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN