fbpx
SAIFUDDIN menyantuni tetamu pada Majlis Pengiktirafan Kompetensi Maritim dan Pemerkasaan Syarikat Tempatan di bawah ICP di Terminal Feri Kuala Kedah, Alor Setar hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Belum ada perbincangan tentang pengganti KP AKPS – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan belum ada perbincangan mengenai calon pengganti Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Suhaily Mohd. Zain yang berdepan pertuduhan di mahkamah.

Beliau berkata, perkara itu belum sampai ke peringkat perbincangan, termasuk kemungkinan melantik calon daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Belum sampai ke situ. Belum lagi kita bincang sampai ke situ,” katanya ketika ditanya berhubung status jawatan nombor satu AKPS itu pada sidang akhbar Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi/Kereta Sewa/Bas Sekolah di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kedudukan Mohd. Suhaily, Saifuddin berkata, penjawat awam yang berdepan pertuduhan perlu melalui proses pengurusan perkhidmatan mengikut aturan ditetapkan.

Jelasnya, perkara berkenaan sedang diuruskan oleh bahagian berkaitan dalam perkhidmatan awam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Ketua Pengarah AKPS itu dilaporkan kembali bertugas hari ini selepas bercuti minggu lalu dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026.

Mohd. Shuhaily sebelum ini berdepan kontroversi susulan insiden di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu yang membawa kepada siasatan polis berhubung dakwaan kekasaran terhadap dua anggota polis.

Seterusnya pada 21 Oktober, Mohd. Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis tersebut.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Susulan perkembangan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin pada 29 Oktober lalu mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat keputusan untuk mengembalikan Mohd. Shuhaily kepada PDRM selepas penempatan beliau secara pinjaman di AKPS ditamatkan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, penugasan baharu Mohd. Shuhaily dalam PDRM masih belum diputuskan dan proses berkaitan penamatan awal tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah AKPS perlu diselesaikan terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN