fbpx
KPM melaksanakan kuliah secara hibrid selama empat hari kepada siswa guru IPG sempena Deepavali minggu depan.

Siswa guru IPG nikmati kuliah hibrid 4 hari sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan kemudahan kuliah secara hibrid selama empat hari bagi membolehkan siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) pulang menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga masing-masing.

Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kemudahan tersebut dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 November bagi IPG di negeri Kumpulan A, manakala bagi IPG di negeri Kumpulan B bermula pada 10 hingga 13 November.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil kerana memahami hasrat para pelatih yang menuntut ilmu jauh dari kampung halaman dan mahu meluangkan masa meraikan hari kebesaran berkenaan bersama keluarga tersayang.

“Melalui kemudahan ini, siswa guru yang pulang meraikan Deepavali masih boleh mengikuti kuliah secara dalam talian. IPG Kampus juga boleh memohon cuti tambahan dan cuti berganti sekiranya terdapat keperluan.

“Kita mahu memastikan pembelajaran terus berjalan dengan baik tanpa mengabaikan kepentingan masa bersama keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Berdasarkan surat pemakluman Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bertarikh 30 Oktober 2026, cuti perayaan Deepavali bagi negeri Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) ditetapkan pada 8 November.

Bagi negeri Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah), cuti perayaan adalah pada 9 November.

Bagi kampus IPG di Sarawak, tiada cuti diberikan memandangkan Deepavali bukan cuti umum bagi negeri berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN