fbpx
SEBUAH lori yang membawa ‘parcel’ disita JPJ Melaka selepas dikesan dikendalikan seorang lelaki warga India.

JPJ sita lori bawa ‘parcel’ dipandu warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah lori yang dalam perjalanan membawa bungkusan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan dipandu warga asing di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Semabok, di sini, hari ini.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, kenderaan berat tersebut ditahan kira-kira pukul 11.40 pagi selepas pemeriksaan mendapati ia dipandu lelaki warga India berusia 40 tahun.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki asing itu mendakwa dia menerima arahan daripada majikannya untuk memandu lori tersebut bagi tujuan penghantaran barangan.

“Majikan sepatutnya tidak mengambil mudah perkara ini dengan membenarkan warga asing mengendalikan kenderaan perdagangan kerana tindakan itu bukan sahaja melanggar peraturan, malah mengundang risiko kepada keselamatan pengguna jalan raya.

“JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat atau pengendali berlesen yang menggajikan warga asing untuk memandu kenderaan perdagangan, termasuk menyita dan melucutkan hak kenderaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, semua syarikat dan pengendali berlesen dalam industri pengangkutan perlu memastikan setiap pekerja mempunyai dokumen dan kelayakan yang sah sebelum diberikan tanggungjawab mengendalikan kenderaan perdagangan.

Tambahnya, individu bukan warga Malaysia tidak dibenarkan memandu kenderaan perdagangan di negara ini dan majikan memainkan peranan penting dalam memastikan perkara itu dipatuhi.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat permit melibatkan Kenderaan Perdagangan Barangan, Kenderaan Perkhidmatan Awam dan bas persiaran.

“Kesalahan berkaitan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 termasuk penyitaan serta pelucuthakan kenderaan syarikat perdagangan jika sabit kesalahan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN