Tangkap layar kejadian yang berlaku di stesen KTMB Pelabuhan Klang.

[VIDEO] Warga emas pandu kereta 130 meter di landasan KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas mencuri perhatian apabila memandu keretanya sejauh 130 meter di laluan lintasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Pelabuhan Klang, kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu turut tular di laman X dengan dakwaan lelaki berkenaan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan awal mendapati pemandu berusia 60 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur.

“Lelaki tersebut kemudian didapati memandu masuk ke laluan landasan kereta api dan bergerak sejauh 130 meter hingga sampai ke stesen KTMB, Jalan Limbungan Pelabuhan Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak KTMB berjaya mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan landasan kira-kira pukul 1.40 pagi.

” Kes disiasat mengikut Seksyen 62 Akta Kereta Api 1991 oleh pihak KTMB, termasuk bagi menentukan sama ada lelaki tersebut berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN