TANGKAP layar video menunjukkan lima wanita itu menyanyikan lagu semasa sambutan ulang tahun kelahiran seorang kanak-kanak. - Instagram

Panggil 5 wanita seksi sambut hari jadi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila menyambut ulang tahun kelahiran anak dengan menjemput lima penyanyi wanita berpakaian seksi. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan lima penyanyi itu berdiri di hadapan sambil memakai gaun pendek berwarna emas. 

Selain menari, mereka turut menyanyikan lagu berjudul Selamat Ulang Tahun daripada penyanyi bernama Jamrud. 

Walaupun anak mereka mengalami demam, majlis tersebut tetap disambut merah dengan nyanyian daripada lima wanita serta kek hari jadi. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 29,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bapa yang teringin?” kata seorang netizen. 

“Anak langsung demam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN