MUHAMMAD HANIF dan isterinya, Habidah merancang untuk membeli kereta sorong khas untuk Mateen bagi memudahkan pergerakan.

Mateen perlu RM8,000 beli ‘stroller’ khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bayi hidrosefalus, Muhammad Mateen Aryan Muhammad Hanif, 15 bulan, dari Sungai Petani, Kedah, kini semakin aktif namun pergerakan­nya terbatas disebabkan kepalanya yang berat.

Bapanya, Muhammad Hanif Zakaria, 32, berkata, Mateen kini cuba menggerakkan badan dan memusingkan badan, tetapi sukar berbuat demikian dengan kepala yang mencecah ukuran 90 sentimeter (cm).

“Perkembangan dia okey. Dia pun cuba bergerak, nak pusing badannya, tetapi tak boleh sebab kepala dia berat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Muhammad Hanif, keadaan Mateen kini semakin baik apabila sawan yang dialaminya semakin berkurang, namun apabila serangan berlaku, saiz kepala anaknya boleh kembali membesar.

“Sejak kami mendapatkan rawatan alternatif, Mateen semakin kurang diserang sawan dan saiz kepala dia turun sedikit ke 89cm. Tapi apabila kena sawan, automatik saiz tu boleh naik balik,” ujarnya.

Muhammad Hanif berkata, keperluan asas Matten kini mencukupi dan berterima kasih kepada pihak yang pernah membantu, namun dia dan isteri kini merancang untuk mendapatkan kereta sorong (stroller) khas bagi memudahkan pergerakan Mateen.

Bagaimanapun dia menjelaskan, ia perlu ditempah khas mengikut keperluan Mateen, dengan anggaran kos sebanyak RM8,000 dan akan berbuat demikian apabila jumlah itu mencukupi.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu mendapatkan kereta sorong berkenaan, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB bernombor 7632966954 di atas nama Muhammad Hanif.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Muhammad Hanif yang be­kerja sebagai pemandu lori bersyukur kerana anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pernah menangis kesakitan sejak lahir.

Dia dan isteri, Habidah Nasruddin, 31, bagaimanapun berdepan kesukaran mengangkat Mateen disebabkan kepalanya yang makin membesar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN