fbpx
Keadaan trafik susulan pokok tumbang dan banjir kilat di Jalan Istana dan Jalan Kuching hari ini.

Pokok tumbang di Jalan Istana, banjir kilat di Jalan Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa laluan utama di ibu negara dilaporkan sesak susulan kejadian pokok tumbang dan banjir kilat petang ini.

Menerusi hantaran Facebook Astro Radio Traffic, kejadian pokok tumbang di Jalan Istana menyebabkan kesesakan dari arah Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Jalan Sungai Besi menuju ke Jalan Damansara.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran susur keluar Jalan Syed Putra.

Dalam perkembangan sama, kejadian banjir kilat turut dilaporkan berlaku susulan hujan lebat di Jalan Kuching berhampiran Petron menghala ke Batu Caves.

Keadaan itu menyebabkan aliran trafik sesak bermula dari bulatan Kepong.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan merancang perjalanan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN