fbpx
Tangkap layar rakaman sebuah kereta menukar lorong sebelum berlanggar dengan beberapa buah kenderaan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh hari ini.

[VIDEO] Pemanduan ala GTA, kereta langgar ‘divider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi sebuah kereta sedan putih yang dipandu secara berbahaya sehingga melanggar pembahagi jalan di Ipoh, Perak mengundang kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menerusi perkongsian di Threads oleh pengguna muhdddddd9494, kenderaan terbabit dilihat memotong dan mencelah antara kenderaan sebelum hilang kawalan lalu merempuh divider di tengah jalan.

Impak pelanggaran itu menyebabkan tayar kenderaan berkenaan mengeluarkan asap.

Dalam perkongsian sama, pengguna terbabit turut meluahkan kebimbangan sekiranya terdapat penunggang motosikal di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan pemandu terbabit.

“Polis, jangan ditahan yang empunya video. Tahan yang memandu kurang ajar tuh, polis,” kata Razham.

“Kat depan sana dia dah langgar polis trafik tu sebab dia lari,” komen Mhdsyafiqhassan.

“Kesian kereta yang kena langgar, tak pasal kena keluar duit repair sendiri. Nak claim tak boleh,” tulis azimmaksum. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN