fbpx
Pasukan penyelamat sedang mencari pesawat dan mangsa helikopter terhempas di sebuah bukit di Santa Catarina. Foto AFP

Penyanyi Brazil Rick Sollo antara lima maut nahas helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Lima individu termasuk penyanyi Brazil Rick Sollo daripada pasangan penyanyi muzik sertanejo Rick & Renner maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan di negeri Santa Catarina, selatan Brazil, menurut jabatan bomba, lapor Xinhua, hari ini.

Helikopter itu dilaporkan hilang, semalam selepas berlepas dari Porto Belo di pantai utara negeri itu menuju ke Sao Joaquim, yang diramalkan mengalami cuaca buruk dan ribut petir.

Turut berada di dalam helikopter itu ialah ahli perniagaan Bruno Avelar, jurukamera Paulo Soares, juruterbang dan pembantu juruterbang.

Bangkai helikopter itu ditemukan hari ini dalam operasi pencarian yang melibatkan kira-kira 40 anggota bomba, lebih 10 kenderaan dan dron, dua anjing pengesan serta sebuah pesawat dalam keadaan berkabut.

Agensi penerbangan awam Brazil memaklumkan pesawat jenis Bell 430 yang dihasilkan pada 2001 itu mempunyai kebenaran untuk beroperasi.

Rick & Renner merupakan antara pasangan penyanyi muzik sertanejo paling terkenal di Brazil, dengan kerjaya mereka bermula sejak 1980-an. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN