fbpx
Anwar ketika menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka semalam.

‘Malaysia tidak akan menjadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara besar sekiranya rakyat terus terperangkap dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekuatan negara terletak pada kesediaan rakyat menerima hakikat bahawa semua kaum merupakan sebahagian daripada satu keluarga besar yang berkongsi tanah air dan masa depan sama.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-41 di Melaka semalam.

Menurut Anwar, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam membina masa depan negara.

“Malaysia tidak akan menjadi negara yang besar sekiranya kita terus terperangkap atau terheret dalam prasangka kaum dan perbezaan yang sempit,” katanya.

Anwar berkata, prinsip Wa’ad Malaysia menjadi ikrar untuk mempertahankan hak setiap rakyat selain menghormati bahasa, budaya dan agama masing-masing.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan tiada rakyat berasa tersisih di bumi sendiri.

“Keragaman bukan kelemahan kita. Ia khazanah dan kekuatan Malaysia. Kita harus menyuburkannya sambil bersama-sama membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah, kukuh perpaduannya dan berani melangkah sebagai satu bangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN