fbpx
TANGKAP layar menunjukkan seorang pelatih tertimpa gajah sumatera di Lembang Park Zoo - Istimewa

‘Pawang’ jatuh ditimpa gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dihempap seekor gajah di kawasan pelancongan Lembang Park Zoo di Bandung, wilayah Jawa Barat tular di media sosial, lapor saluran berita detik jabar.

Dalam video  tular itu, kelihatan lelaki yang merupakan seorang gembala gajah sedang diangkat menggunakan belalai mamalia tersebut. 

Tiba-tiba, gajah itu jatuh dan tubuh besarnya menimpa pelatih tersebut.

Gembala  itu mengerang meminta pertolongan daripada pelatih lain yang berada di sekitar lokasi kejadian, baru-baru ini. 

Dia sempat muntah dan kelihatan menahan kesakitan yang amat sangat, sebelum akhirnya diusung ke tempat selamat oleh rakan-rakannya.

Ketua Seksyen Hubungan Awam Polres Cimahi, Iptu Gofur Supangkat berkata, kemalangan tempat kerja itu berlaku pada Ahad lalu, ketika gajah Sumatera tersebut menyertai sesi persembahan bersama pelatihnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN