Gambar Janaan AI

Susah sangat nak dedah harga makanan di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang

Saya kecewa apabila sesetengah peniaga restoran begitu aktif mempromosikan hidangan mereka di media sosial, namun apabila pelanggan cuba mencari senarai harga penuh bagi semua menu yang ditawarkan itu, ia menjadi begitu sukar dicari.

Peniaga terbabit langsung tidak menunjukkan senarai harga makanan. Sebagai pelanggan, kita bukanlah meminta sesuatu yang luar biasa.

Senarai harga adalah perkara asas dalam perniagaan makanan.

Jangan hanya tunjuk gambar hidangan menarik atau menu istimewa, tetapi harga pula seolah-olah menjadi satu rahsia yang perlu ditanya satu persatu.

Bagi sesetengah orang, perbezaan harga beberapa ringgit mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi pelanggan yang datang bersama keluarga, rakan-rakan atau dalam jumlah yang ramai, harga sangat penting untuk dibuat kira-kira terlebih dahulu.

Dengan adanya senarai harga penuh, pelanggan boleh menentukan bajet, memilih menu yang bersesuaian dan mengelakkan rasa terkejut apabila bil sampai.

Kalau mahu pelanggan datang, mudahkan mereka membuat keputusan.

PELANGGAN KECEWA
Kuala Lumpu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN