Seekor buaya ditangkap selepas masuk perangkap dipasang Perhilitan di Tanjung Agas, Port Dickson hari ini.

Penduduk lega Sang Bedal masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Penduduk di sekitar Tanjung Agas di sini lega apabila seekor buaya gergasi di kawasan itu berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan hari ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, operasi menangkap reptilia itu dijalankan pasukannya sebelum tindakan translokasi dilakukan.

“Setakat ini, operasi translokasi sedang dilaksanakan oleh pasukan Perhilitan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kejayaan menangkap buaya itu melegakan penduduk dan orang ramai yang sebelum ini bimbang dengan kehadiran reptilia tersebut selepas dikesan membaham pesara polis, Jaafa Hasan, 62, pada 25 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN