fbpx
Akhirnya terjawab, ratu Irama Malaysia Noraniza Idris diumumkan sebagai salah seorang penyanyi jemputan konsert tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional  pada 17 Oktober depan.

Terjawab! Noraniza Idris artis jemputan konsert Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Akhirnya terjawab, ratu Irama Malaysia Noraniza Idris diumumkan sebagai salah seorang penyanyi jemputan konsert tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional  pada 17 Oktober depan.

Antara nama yang paling banyak diminta, Siti, 47, memberitahu pemilihan Noraniza adalah melihat usahanya yang terus memperjuangkan irama Malaysia sehingga ke hari ini.

“Noraniza seorang yang saya hormati dan dia kena ada bersama saya pada konsert ini.

“Syukur dia sudi terima lamaran saya untuk sama-sama terlibat untuk konsert ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan penuh dalam penganjuran konsert yang mengangkat irama tradisional dan etnik kreatif.

“Doa dan harapan saya dengan izin Tuhan dapat mengadakan sekali lagi konsert di TM Stadium Nasional. Saya mahu memastikan muzik warisan indah ini dinikmati generasi muda dan dialami oleh pelancong yang datang ke Malaysia.

“Saya tidak tahu bila lagi akan berpeluang adakan konsert besar sebegini pada masa hadapan.

“Ini bukan untuk saya seorang tetapi buat semua pihak terlibat khususnya mereka yang memperjuangkan muzik irama tradisional,” jelasnya.

Selain Noraniza, Haziq Rosebi dan dua lagi penyanyi Indonesia iaitu Lesti Kejora serta King Nassar juga bakal sepentas dengan Siti Nurhaliza pada konsert tersebut.

Pengarah muzik pada konsert tradisional berskala mega pula akan diisi oleh Mohamad Sharhan Syazwan Mohd. Ashri atau Chaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN