fbpx
SETIAP masalah dan aduan guru perlu diambil perhatian bagi mengelakkan sebarang masalah. - GAMBAR HIASAN

Jangan pandang remeh aduan guru – Presiden PIBGN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan digesa supaya tidak memandang remeh setiap masalah atau isu yang dibangkitkan para guru.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, usaha itu penting dalam memastikan kebajikan warga pendidik terbela, terutamanya dari segi kesihatan mental.

“Demi kesejahteraan­ ­jasmani, emosi, rohani dan intelektual para guru, beri perhatian lebih serius terhadap kebajikan serta kesihatan menyeluruh para guru.

“Wartakan Akta Perlindungan Guru, sediakan kaunselor khas dan Program Rakan Sebaya Guru selain mempertimbangkan cuti sabatikal kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, walaupun pelbagai isu berkaitan disiplin pelajar sering menjadi perhatian, kejadian membabitkan seorang pendidik itu merupakan keja­dian ‘luar biasa’ dan mengundang pelbagai persoalan.

Mohamad Ali

Sehubungan itu, beliau berharap supaya laporan terpe­rinci mengenai kes berkenaan dapat dikongsikan kepada umum apabila siasatan selesai supaya tragedi itu menjadi iktibar dalam membantu usaha pencegahan pada masa hadapan.

“Apa punca tragedi me­nya­yat hati ini berlaku dalam kalangan guru? Adakah rakan sekerja dan ekosistem persekolahan tidak dapat mengesan petanda lebih awal bagi mengelak kejadian itu berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang guru wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Hulu Selangor, kelmarin sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Hulu ­Selangor, Superintendan M. Manimaran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 7.15 pagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN