fbpx
Seekor harimau kumbang jantan akhirnya masuk ke dalam perangkap Perhilitan di Kampung Ulu Pari, Gadong, Rembau semalam. -IHSAN PENDUDUK

Harimau kumbang jantan tertangkap, betina lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Selepas hampir sebulan berkeliaran dan mengancam penduduk, seekor harimau kumbang jantan akhirnya masuk perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Ulu Pari, di Gadong, di sini semalam.

Bagaimanapun, seekor harimau kumbang betina yang dipercayai datang bersama haiwan jantan itu sempat melarikan diri.

Seorang penduduk, Zaiton Ibrahim, 62, berkata, harimau kumbang itu memasuki perangkap kira-kira pukul 8 malam selepas seekor kambing biri-biri dijadikan umpan.

Katanya, pergerakan haiwan itu dapat dipantau menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang anaknya, Mohd Safuan Ramli, 33, susulan beberapa kejadian serangan terbaharu terhadap ternakan mereka kelmarin.

“Harimau jantan itu datang bersama pasangannya. Yang betina sempat melarikan diri, manakala yang jantan masuk ke dalam perangkap. Melalui CCTV yang disambungkan ke telefon bimbit, kami dapat melihat harimau itu sudah terperangkap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Zaiton berkata, sebelum ini, harimau kumbang berkenaan dipercayai berkeliaran di sekitar kandang mereka selama hampir sebulan dan beberapa kali cuba menangkap kambing.

Menurutnya, dalam kejadian sebulan lalu, haiwan itu sempat menerkam dua ekor kambing sebelum melarikan seekor kambing yang bersaiz lebih besar.

“Selepas kejadian itu, kami menunggu hampir sebulan sebelum pihak Perhilitan datang memasang perangkap,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN