fbpx
Mohd. Firuz ketika ditemui di Hospital Banting, Kuala Langat. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

[VIDEO] Tikam pelajar: Mangsa dijangka hospital keluar seminggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Pelajar perempuan yang ditikam rakannya dijangka dibenarkan keluar daripada Hospital Banting di sini, kira-kira seminggu lagi.

Bapa mangsa, Mohd. Firuz Ibrahim, 43, berkata, perkara itu dimaklumkan petugas perubatan, namun kesemuanya bergantung pada perkembangan pemulihan.

“Keadaan anak pagi ini, alhamdulillah semakin stabil. Anak pun cakap tidak berasa sakit sangat, namun dalam pemantauan doktor dengan jururawat.

“Tiub yang diletakkan bagi pengeluaran darah masih dalam paru-paru anak. Dalam dua atau tiga hari, doktor akan lihat perkembangannya. Berapa dalam luka saya tidak pasti.

“Berdasarkan apa doktor maklum, paling cepat seminggu anak boleh keluar,” katanya ketika ditemui di Hospital Banting di sini, hari ini.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu dipindahkan di dalam wad selepas menerima rawatan di bilik bedah selama tiga jam bermula pukul 4 petang.

Tambahnya, anak setakat ini menunjukkan perkembangan positif, namun masih dalam keadaan trauma susulan insiden itu.

“Anak boleh bercakap, makan dan minum namun yang ringan-ringan sahaja.

“Dia (anak) belum menceritakan apa-apa berkaitan kejadian itu. Dia pun masih trauma, air mata mengalir dan saya biarkannya berehat dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Firuz berharap kejadian yang menimpa anaknya itu menjadi pengajaran dalam mengambil tindakan proaktif dalam aspek keselamatan.

“Ambi tindakan sewajarnya apatah lagi di sekolah kerana ia penting. Apa-apa perlu tapisan di pintu masuk sebelum berjumpa guru dan pelajar.

“Saya juga harap anak saya mendapat keadilan sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN