fbpx
GAMBAR fail Mei 2018 menunjukkan seorang lelaki bertaruh dalam perlawanan bola sepak Eropah menggunakan telefon bimbit di Kampala, Uganda. – AFP

Rangkaian judi Piala Dunia bernilai lebih RM540 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Polis Vietnam menahan 85 individu yang dikaitkan dengan dua sindiket pertaruhan ‘berskala mega’ bernilai AS$133 juta (RM541.3 juta), ketika pemerintah giat membanteras judi haram semasa Piala Dunia 2026.

Perjudian online dilarang di negara komunis itu tetapi operasi haram yang lumayan berleluasa, mendorong tindakan keras secara berkala terutamanya semasa acara sukan antarabangsa.

Serbuan  akhir Jun lalu menyasarkan dua sindiket dengan ‘skala operasi yang sangat besar’ serta ‘hierarki yang tinggi dan kawalan ketat’  kata polis Bandar Raya  Ho Chi Minh dalam satu kenyataan.

Sejak Oktober tahun lalu, sindiket-sindiket itu mencatatkan anggaran AS$133 juta dalam transaksi haram, kata kenyataan sama.

Ketua-ketua sindiket mengaku menerima ‘akaun pertaruhan peringkat induk daripada individu di Kemboja dan  membahagikan akaun itu  kepada banyak akaun ejen dan ahli untuk diedarkan kepada kaki judi dalam talian’, tambahnya.

Kementerian keselamatan awam Vietnam berkata minggu lalu  bahawa polis telah membongkar 73 operasi perjudian di seluruh negara, menahan 346 suspek judi  haram dan pertaruhan bola sepak dalam tempoh 20 hari pertama Piala Dunia 2026 berlangsung. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN