fbpx
TANGKAP layar menunjukkan penduduk di Poland mengoreng telur dengan menggunakan cahaya matahari. - Just In Poland

Goreng telur guna cahaya matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WARSAW – Poland sedang dilanda gelombang haba yang ekstrem, sehinggakan penduduk di negara berkenaan mampu memasak makanan di luar rumah tanpa menggunakan dapur gas atau elektrik.

Dalam klip  video yang tular di media sosial, seorang wanita di Warsaw sengaja meninggalkan sebuah kuali di bawah panas terik matahari. 

Selang beberapa ketika, permukaan kuali tersebut menjadi cukup panas untuk memasak sebiji telur.

Menurut laporan perkhidmatan  kaji cuaca tempatan, suhu di beberapa wilayah di Poland kini mencecah 40 darjah Celsuis.

Meskipun berdepan cuaca yang membakar, sebahagian penduduk sempat berseloroh dan melihat situasi itu dari sudut positif. 

Mereka menyifatkan fenomena itu sebagai peluang terbaik untuk menjimatkan kos bil elektrik dengan memasak sarapan pagi terus di balkoni rumah masing-masing. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN