fbpx
Syed Saddiq diiringi ahli keluarga serta penyokongnya ketika tiba di Mahkamah Persekutuan, hari ini bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

Syed Saddiq: Keputusan akan tetap diberi pada 13 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Panel hakim yang mendengar rayuan pendakwaan berhubung pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan tetap menyampaikan keputusan berhubung rayuan itu pada 13 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais ketika prosiding penangguhan keputusan kes tersebut.

“Kami sebenarnya sudah bersedia dengan keputusan, tetapi malangnya perkara yang tidak diduga ini berlaku hari ini, bagaimanapun, kami bersedia untuk menyampaikan keputusan pada 13 Julai ini.

“Tiada pilihan lain dalam perkara ini. Kami berpendapat bahawa keputusan itu perlu disampaikan pada 13 Julai. Kami tidak boleh terus menangguhkannya,” katanya.

Hari ini merupakan keputusan rayuan pendakwaan mengenai pembebasan Syed Saddiq yang akan diputuskan hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais yang turut bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Bagaimanapun keputusan itu ditangguhkan berikutan salah seorang hakim iaitu Che Mohd. Ruzima dalam panel itu cuti sakit pada hari ini dan esok.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan 28 alasan antaranya bagi mengembalikan semula sabitan dan hukuman Mahkamah Tinggi yang diketepikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan tersebut pada 25 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN