fbpx
PIHAK zoo mencari pekerja yang boleh memakai kostum beruang hitam.- AFP

Gaji RM60,000 setahun kerja jadi ‘beruang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah zoo di wilayah tengah China mencuri perhatian kerana menawarkan pakej gaji lumayan mencecah 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) setahun kepada individu yang sanggup berkeliaran di kawasan zoo dengan memakai kostum beruang hitam, lapor portal berita VnExpess.

Memetik laporan media tempatan Jiupai News, iklan jawatan kosong unik itu dikeluarkan oleh Zoo Hidupan Liar Luohe di wilayah Henan bagi mencari individu berusia 18 tahun ke atas untuk berinteraksi dengan pengunjung.

Pihak pengurusan zoo menyifatkan kostum berkenaan sebagai ‘lembut’, namun tidak mendedahkan sama ada ia dilengkapi dengan sistem pengudaraan atau kipas dalaman bagi keselesaan pekerja.

Berdasarkan perincian tugas, calon yang berjaya perlu bekerja selama enam jam sehari dan diperuntukkan cuti sebanyak empat hari sebulan. 

Mereka dilarang keras daripada bercakap dengan pengunjung.

“Pekerja tidak dibenarkan bercakap dan hanya boleh mengeluarkan bunyi dengkuran  sahaja, melainkan dalam situasi kecemasan. Mereka juga perlu menerima makanan atau minuman yang diberikan oleh orang ramai,” lapor akhbar South China Morning Post. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN