fbpx
AMER Adham (tengah) menunjukkan sebahagian menu ditawarkan di Burnt and Brewed Cafe, Bandar Baru Enstek.

Konsep fire pit, kepelbagaian menu pikat pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPELBAGAIAN menu yang ditawarkan menjadikan Burnt and Brewed Cafe di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan tempat yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan.

Kedai yang baru beroperasi sejak November tahun lalu itu menawarkan menu dari Barat, Melayu, Cina hingga Mesir bagi menambat selera pelanggan daripada pelbagai latar belakang.

Lebih menarik, kedai yang beroperasi dari pukul 12 tengah hari turut menampilkan konsep fire pit bermula pukul 7 malam hingga 12 malam.

Konsep tersebut membolehkan pelanggan membakar sendiri ayam, kambing bakar, satay, jagung dan kentang goreng bergulung yang telah disediakan dengan arang.

Menurut pemilik Burnt and Brewed Cafe, Amer Adham Kamaruddin, pelanggan yang berminat dengan konsep fire pit disarankan membuat tempahan sekurang-kurangnya satu jam lebih awal.

“Antara yang disediakan dalam konsep fire pit ialah perapan ayam chop, lamb chop, sate atau kebab ayam dan daging, shabu-shabu, jagung, kentang goreng bergulung serta sayur campur sebagai pelengkap.

“Kami juga menyediakan enam jenis sos, antaranya mustard, mayonnaise, dan sos lemon. 

“Pelanggan perlu membuat tempahan satu jam lebih awal agar pihak restoran dapat menyediakan perapan sebelum mereka tiba,” katanya.

Selain itu, pelanggan digalakkan mencuba hidangan signatur di Burnt and Brewed termasuk Teriyaki Salmon Soba yang menggunakan pasta hitam digaul dengan pesto, dihidangkan bersama salmon segar dan sos teriyaki buatan sendiri.

HIDANGAN ayam buttermilk dengan nasi menggoda selera.

Pengolahan makanan tersebut mendapat sentuhan profesional kerana Amer pernah berkhidmat bersama cef berpengalaman Jepun semasa bekerja di hotel dahulu.

Tidak ketinggalan, manisan buatan sendiri seperti Dubai Chewy Cookies menjadi antara pencuci mulut pilihan ramai.

Kebanyakan hidangan adalah homemade, termasuk burger dan meatball, menjadikan rasa makanan segar dan berbeza daripada yang biasa ditemui di kedai lain.

Burnt and Brewed Cafe juga menyediakan menu khas untuk kanak-kanak sepanjang hari termasuk set A dengan nugget, kentang goreng dan Milo Potato Cheeks, set B dengan bolognese pasta bersama mini sausage dan set C dengan nasi goreng Cina serta telur mata.

LAMB chop dengan perapan secukup rasa.

Bagi penggemar masakan Arab, nasi bukhari bersama whole chicken turut disediakan, di mana pelanggan perlu membuat tempahan awal supaya hidangan dapat disiapkan dengan sempurna.

Makanan Cina di kedai ini merangkumi pelbagai pilihan termasuk cantonese noodle, harmi yang merupakan sup berasaskan kacang dan daging versi Cina serta kopi Siam yang walaupun minuman turut dikaitkan sebagai menu ala Asia/China di kedai.

Kedai menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk kopi, matcha, frappé, teh panas, mocktail, jus segar, dan air biasa. Minuman signatur termasuk mocktail seperti Secret Garden, Aurora, Mango Passion dan Blue Lemon Sunset.

Tambah Amer Adham, pihaknya menekankan kualiti dan kelazatan walaupun semua hidangan ditawarkan pada harga berpatutan.

“Semua hidangan disediakan dengan rasa seimbang, tidak terlalu pedas dan hampir kesemuanya homemade. 

“Kami komited memastikan pengalaman makan yang memuaskan bagi setiap pengunjung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN