fbpx
Sebahagian aksi dalam Eksesais LKT 2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin di Tampin, hari ini.

ATM pamer keupayaan tempur dalam Latihan Kuasa Tembakan 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Angkatan Tentera (ATM) mempamerkan tahap kesiapsiagaan tempur tertinggi menerusi Eksesais Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2026 yang berlangsung di Lapang Sasar Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di sini hari ini.

Latihan berskala besar yang berlangsung selama 12 hari bermula 19 Jun lalu itu disaksikan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md. Othman.

Seramai kira-kira 2,500 pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain Askar Timbalan Setia Negeri Johor, terlibat dalam latihan berkenaan.

Menurut Cawangan Komunikasi Strategik (G2) Tentera Darat, LKT 2026 bukan sahaja memberi pendedahan taktikal Combined Arms Manoeuvre kepada penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Bersama, malah bertujuan mempamerkan keupayaan sistem persenjataan ATM dari aspek manuver, kuasa tembakan dan impak terhadap sasaran.

“Latihan ini turut melatih serta mengekalkan kompetensi anggota dalam pelaksanaan latihan tembakan peluru hidup berskala besar selain menguji Manual Panduan Pengurusan dan Pelaksanaan LKT 2026 di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sepanjang latihan itu, pelbagai aset strategik dipertontonkan termasuk kereta kebal PT-91M Pendekar, kenderaan perisai AV8 Gempita, ACV 300 Adnan, MIFV, Lipan Bara dan VAMTAC.

Turut digunakan ialah sistem artileri dan mortar seperti Meriam 155 milimeter G5, Meriam 105 milimeter, Astros II dan Mortar 81 milimeter, selain aset udara TUDM membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan SU-30MKM serta beberapa jenis helikopter. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN