fbpx
RAJA CHARLES III  berucap semasa merasmikan pembukaan sidang Parlimen di London pada 13 Mei lalu. – AFP 

Raja Charles III bayar cukai lebih RM162 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Raja Charles III membayar cukai peribadi lebih £30 juta (RM162.26 juta) sejak menaiki takhta  pada September 2022, demikian menurut pengumuman Istana Buckingham semalam, perisytiharan pertama seumpamanya oleh monarki Britain yang memerintah.

Istana Buckingham berkata, pendedahan itu sebahagian daripada ‘komitmen Raja Charles III terhadap ketelusan’ berikutan kewangan diraja semakin mendapat perhatian rakyat jelata.

Anak sulung Raja Charles III, Putera William juga buat pertama kali mendedahkan maklumat cukai peribadinya. Beliau membayar cukai lebih £20 juta (RM108.17 juta) sejak mewarisi gelaran Prince of Wales apabila bapanya menjadi raja.

Monarki Britain dikecualikan daripada membayar cukai, walaupun mereka telah membayar beberapa jenis cukai secara sukarela selama beberapa dekad.

Mereka juga tidak perlu mendedahkan maklumat cukai kepada umum.

“Jumlah cukai yang dibayar oleh Baginda sejak menduduki takhta adalah lebih £30 juta,” kata Istana Buckingham dalam satu siaran akhbar.

Charles mula mendedahkan maklumat cukai peribadinya sejak menjadi pewaris takhta.

Bondanya, mendiang Ratu Elizabeth II bagaimanapun tidak pernah berbuat demikian semasa pemerintahan baginda selama tujuh dekad. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN