fbpx
Que Haidar kecewa dituduh pengotor hanya kerana mencungkil gigi ketika bersiaran langsung dalam TikTok.

Cungkil gigi ketika ‘live’, Que Haidar kesal dituduh pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Que Haidar meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang disifatkan gemar mencari kesalahan orang lain selepas dirinya dituduh pengotor hanya kerana mencungkil gigi ketika bersiaran langsung dalam TikTok.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, menegaskan tuduhan tersebut keterlaluan dan mencerminkan mentaliti negatif segelintir individu dalam media sosial.

“Pembersih sangat hidup dia. Kerja dia masuk siaran langsung orang, cari kesalahan orang.

“Dia nampak pembersih, tetapi hati kotor dan busuk.

“Maafkan saya. Bukankah mak kita ajar, kalau tiada benda baik hendak cakap, lebih baik diam,” katanya dalam TikTok.

Tambah bintang filem Malaikat Malam itu , setiap individu perlu menjaga tutur kata agar tidak melukai perasaan orang lain, lebih-lebih lagi di ruang terbuka seperti media sosial.

“Kita cakap perkara baik sahaja supaya tiada sesiapa terasa hati.

“Jangan guna alasan saya selebriti, jadi perlu terima semua komen.

“Tetapi dosa awak itu, awak sanggup tanggung tak? Pernah fikir bila teguran itu menyakitkan hati orang, perkara itu tetap dikira,” tegasnya.

Terdahulu, Que dilihat bersahaja mencungkil gigi sambil membaca komen netizen dalam satu sesi siaran langsung.

Namun, perbuatan spontan itu mengundang rasa kurang senang segelintir pengguna media sosial sehingga melabelnya sebagai pengotor hanya kerana melakukan perkara tersebut di hadapan kamera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN