fbpx
Seorang warga emas yang hilang sejak Ahad lalu dalam kebun sawit milik di Felda Palong 3 ditemukan oleh pekerja ladang di kawasan ladang sawit Palong 4, tengah hari tadi. -Foto IHSAN KELUARGA

Abdullah Alias hilang di kebun sawit Ahad lalu akhirnya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang warga emas yang hilang sejak Ahad lalu dalam kebun sawit milik di Felda Palong 3 ditemukan oleh pekerja ladang di kawasan ladang sawit Palong 4, di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Jefri Jamal berkata, mangsa telah dijumpai kira-kira pukul 12.10 tengah hari di lokasi yang berjarak 3.5 km dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk di bawa ke Klinik Kesihatan Palong 4, 5 & 6 bagi pemeriksaan kesihatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Abdullah Alias, 78, dikatakan keluar ke kebun sawit dari rumahnya kira-kira pukul 5 petang sebelum gagal dikesan dan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan Isnin lalu.

Sementara itu, menantu mangsa, Nursyazwani Yussharizal, 32, berkata, mereka sekeluarga berasa sangat lega lebih-lebih lagi ayah mentuanya ditemukan dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN