fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh _Alhufry memaparkan gambaran keadaan kesesakan di Terengganu.

‘Memang satu Malaysia dekat Terengganu ke sekarang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan tumpuan pelancong di Terengganu sesak luar biasa susulan ‘serbuan’ pengunjung sempena Aidiladha dan cuti persekolahan selama dua minggu.

Tinjauan di media sosial mendapati beberapa lokasi seperti Jambatan Angkat (Drawbridge) dan sekitar Pasar Payang dipenuhi dengan kenderaan sehingga mencetuskan kesesakan lalu lintas luar biasa.

Pengguna Threads oleh _Aljufry memuat naik sekeping gambar janaan AI sebagai gambaran keadaan di Terengganu yang memaparkan lautan manusia dan kenderaan membanjiri kawasan tumpuan pelancongan utama itu.

“Keadaan Terengganu sekarang. 8.1 bilion manusia ‘is real’ (benar),” katanya berseloroh.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut bersetuju dengan kesesakan yang sedang berlaku itu.

“Kalau macam ini saya sebagai orang sini nak keluar dari Terengganu sekejap lah,” kata _Misscmah.

Selain itu, ada yang menyatakan bahawa warga yang menetap di Terengganu sendiri memilih untuk tidak keluar dari rumah bagi memberi laluan kepada orang luar yang datang bercuti.

“Keadaan di sekitar Pasar Payang penuh dengan pengunjung. Kami orang Terengganu tak keluar rumah lah kalau tak ada hal, kasi chance (peluang) kat orang luar,” jelasnya.

Pengguna Threads Mila.nabuya turut berkongsi keterujaannya apabila mendapati suasana di sekitar hotel penginapannya riuh-rendah dengan kehadiran orang ramai seawal pagi.

“First time (pertama kali) bangun pagi tengok luar hotel, ramai sungguh orang mari bercuti Terengganu. Kedai makan beratur panjang, jalan jem sumbat. Hotel penuh waktu pagi riuh-rendah dah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN