fbpx
Lebih 4,000 batang lemang dijual di gerai Lemang Kak Ruby di Kampung Charok Pelanduk, Sik.

Lemang lemak ‘berkrim’ Kak Ruby laris 4,000 batang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Pengusaha lemang lemak ‘berkrim’ Kak Ruby di Kampung Charok Pelanduk, di sini berjaya menjual 50 kali ganda daripada kebiasaan apabila juadah hari raya itu terjual lebih 4,000 batang sempena Aidiladha ini.

Ujar pengusahanya, Hamidah Mat Zain, pelbagai jenis lemang dijual seperti lemang pulut putih, pulut hitam, jagung, ubi kayu dan tepung gula merah.

“Pada hari biasa, kami hanya menjual kira-kira 80 batang sehari, namun pada Aidiladha ini kami meningkatkan jumlah kepada lebih 4,000 batang.

“Permintaan terhadap juadah lemang sempena hari raya tetap tinggi kerana di sini me­rupakan pusat jualan lemang terkenal di daerah ini.

“Selain gerai ini, terdapat kira-kira tujuh lagi gerai pengusaha lain di sini. Gerai yang saya warisi daripada arwah ibu ini pun sudah berusia 22 tahun,” ,” katanya di sini semalam.

Katanya, lemang Kak Ruby mempunyai peminat tersendiri serta pelanggan tetap terutama setiap kali musim perayaan.

“Lemang Kak Ruby ini berlemak dengan menggunakan santan asli segar selain kami akan pastikan lemang dibakar sempurna dalam masa dua jam.

“Ada juga pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung seperti Kelantan akan singgah di gerai untuk membeli juadah ini,” jelasnya.

Katanya, lemang yang paling mendapat sambutan adalah lemang pulut putih dan pulut hitam, manakala yang paling unik adalah lemang ubi kayu.

“Sempena hari raya ini, operasi gerai akan dibuka sehingga pukul 12 tengah malam raya kedua. Pada Aidilfitri lalu, kira-kira 10,000 batang lemang Kak Ruby terjual dalam sebulan,” katanya.

Harga lemang yang dijual mengikut saiz dan jenis lemang bermula harga RM10.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN