fbpx
Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya menunjukkan sebahagian daripada kenderaan perdagangan yang disita menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan bermula 1 Januari lalu.

Bawa muatan berbahaya, lebih muatan antara tertinggi dikesan JPJ Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Kesalahan membawa muatan berbahaya atau gagal menutup muatan dengan sempurna dikenal pasti antara kesalahan tertinggi dikesan terhadap kenderaan perdagangan menerusi operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata, sebanyak 37,291 kenderaan perdagangan telah diperiksa bermula 1 Januari hingga semalam menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan yang dijalankan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 5,183 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah, tiada lesen memandu kompeten serta kesalahan teknikal lain.

“Daripada 1,218 buah kenderaan yang diarahkan proses timbang, sebanyak 721 notis saman lebih muatan telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, sebanyak 35 buah kenderaan turut disita, terutamanya lori yang membawa muatan berlebihan. Dan 12 daripadanya disita di bawah Seksyen 84 yang melibatkan proses lucut hak kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut melaksanakan penguatkuasaan laluan terhad bagi kenderaan perdagangan di Jalan Permatang Badak di sini yang mula berkuat kuasa pada 6 April lalu.

Katanya, sepanjang tempoh itu, sebanyak 21 kenderaan diperiksa dan 11 notis saman dikeluarkan atas kesalahan ingkar larangan laluan terhad di bawah Seksyen 79(2) APJ.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN