fbpx
Lelaki warga asing ditemukan lemas dalam tasik sebuah universiti swasta di Subang Jaya, hari ini. - Foto Ihsan JBPM Selangor.

Taylor’s sahkan lelaki lemas di tasik bukan pelajar, kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Taylor’s University mengesahkan individu yang terlibat dalam insiden lemas di tasik kawasan Lakeside Campus semalam bukan merupakan pelajar atau kakitangan institusi berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, pihak universiti memaklumkan mereka amat berdukacita dengan kejadian melibatkan seorang individu itu.

“Kami amat sedih dengan insiden yang berlaku di tasik dalam kawasan Lakeside Campus melibatkan seorang anggota awam.

“Pihak berkuasa berkaitan telah bertindak pantas dan sedang menjalankan siasatan. Kami memberikan kerjasama penuh kepada mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai turut diminta supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih termasuk gambar atau video berkaitan kejadian demi menghormati individu terlibat dan ahli keluarga.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki warga asing ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tasik sebuah universiti swasta di Subang Jaya semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi.

Menurut beliau, saksi memaklumkan mangsa dilihat terjun ke dalam tasik sebelum ditemukan tersangkut pada ‘grappling iron’ oleh anggota bomba di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN