KAJANG – Longgokan barangan kitar semula dilaporkan terbakar dalam kejadian di sebuah premis dekat Pusat Perindustrian Sungai Chua, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.36 petang.
Menurutnya, seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Komander operasi mendapati kebakaran melibatkan longgokan barangan kitar semula berkeluasan kira-kira 455 meter persegi.
“Anggaran kebakaran adalah sebanyak 50 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, katanya, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan. – KOSMO! ONLINE














