fbpx
Asyraf Wajdi

‘Ingat pelajar tahfiz cikai-cikai ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membidas segelintir pihak yang memandang rendah kemampuan pelajar tahfiz susulan usaha Mara melahirkan golongan profesional dalam kalangan huffaz termasuk sebagai juruterbang.

Menurut beliau, tanggapan kononnya pelajar tahfiz tidak mampu bersaing dalam bidang profesional adalah tidak berasas kerana ramai dalam kalangan mereka membuktikan kecemerlangan akademik.

“Apa mereka ingat pelajar-pelajar tahfiz ini cikai-cikai ke?

“Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan lapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul-Albab yang semua pelajarnya hafaz 30 juzuk Al-Quran berada dalam kelompok 20 sekolah terbaik Malaysia,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Tambah beliau, seramai 221 pelajar Huffaz MRSM berjaya memperoleh semua A termasuk dalam mata pelajaran kritikal seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Terdahulu, Mara mengumumkan pembukaan tawaran pembiayaan kepada pelajar baharu yang berminat mengikuti Program Kadet Juruterbang dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tahfiz.

Lebih menarik, fasa terakhir temu duga program berkenaan akan dikendalikan sendiri oleh Asyraf Wajdi menerusi sesi tasmik atau #TebukAlQuran.

Bagaimanapun katanya, calon masih perlu memenuhi syarat asas yang ditetapkan akademi latihan penerbangan berkaitan sebelum diterima menyertai program tersebut.

“Selagi saya diberi amanah menerajui Mara, agenda memprofesionalkan golongan huffaz akan terus diperkasakan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN