fbpx
MOHAMED KHALED (kanan) beramah mesra dengan warga Felda Maokil ketika hadir merasmikan Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni Madani Kementerian Pertahanan 2026 di Dewan Felda Maokil 1, Muar hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM

Mindef peruntuk RM6 juta laksana Program Jiwa Murni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Kementerian Pertahanan (Mindef) memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan inisiatif komuniti dan kebajikan menerusi Program Jiwa Murni (PJM) di seluruh negara, tahun ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai permulaan sebanyak 57 projek bagi fasa pertama akan dilaksanakan di lapan negeri melibatkan kerja-kerja pembaikan masjid dan surau, dewan serta balai raya, sekolah, infrastruktur awam, kawasan perkuburan dan fasiliti sukan.

Menurut beliau, program tersebut secara tidak langsung menyerlahkan kepakaran teknikal warga Angkatan Tentera (ATM) khususnya Rejimen Askar Jurutera Diraja dalam bidang kejuruteraan medan.

Katanya, ia juga membuktikan peranan ATM sebagai organisasi yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat selari dengan aspirasi kementerian untuk memperkukuh hubungan tentera dan rakyat melalui pendekatan inklusif serta memberi manfaat langsung kepada komuniti.

“Program seperti ini sangat penting kerana ia merupakan instrumen kepada kementerian dalam menjayakan konsep Pertahanan Menyeluruh.

“Cabaran pertahanan moden hari ini menunjukkan keselamatan negara tidak lagi boleh dipikul secara eksklusif oleh angkatan bersenjata semata-mata,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jiwa Murni Madani Kementerian Pertahanan 2026 di Dewan Felda Maokil 1, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN