fbpx
Shahbudin (kiri) meminta Rafizi tampil menjelaskan dakwaan beliau dikaitkan dengan aliran dana asing dan tindakan pengkhianatan terhadap negara.

Rafizi perlu tampil beri penjelasan isu dana asing, khianat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli perlu tampil menjelaskan dakwaan beliau yang dikaitkan dengan aliran dana asing dan tindakan pengkhianatan terhadap negara.

Pengerusi Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat, Shahbudin Embun berkata, dakwaan itu adalah serius kerana melibatkan dakwaan campur tangan pihak luar dalam kancah politik tempatan dan memberi ancaman kepada kedaulatan negara.

Justeru, beliau mahu pihak polis untuk membuat siasatan segera berdasarkan laporan yang telah dibuat bersama bukti-bukti dikemukakan.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat kerana disyaki terdapat unsur pengkhianatan atau ancaman terhadap keselamatan negara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Tindakan pihak berkuasa adalah penting demi menjaga keselamatan dan kedaulatan Malaysia daripada campur tangan asing,” katanya hari ini.

Semalam, badan bukan kerajaan itu membuat laporan polis berhubung video tular yang dikaitkan dengan Rafizi melibatkan dakwaan pengaliran dana asing melebihi RM1.5 juta daripada organisasi luar negara menerusi sebuah proksi tempatan.

“Dana tersebut didakwa digunakan untuk menggerakkan naratif radikal di media sosial dan demonstrasi jalanan atas nama demokrasi serta hak asasi manusia. Tindakan itu dipercayai mempunyai agenda tertentu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN