fbpx
SEORANG remaja maut selepas digilis di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, Johor Bahru. Foto IHSAN POLIS

Penunggang motosikal maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang remaja yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan treler di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihak polis menerima laporan kejadian tersebut yang berlaku pukul 7.50 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 18 tahun, kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun dan sebuah treler dipandu seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun.

“Mangsa sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Tanjung Puteri Resort dan apabila tiba di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian belakang kiri Proton Saga yang berada di hadapannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak bawah treler yang sedang bergerak perlahan di lorong kiri arah yang sama dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN