fbpx
ARIF baharu pulih daripada kecederaan, namun Roy King percaya separuh akhir adalah sasaran realistik.

Arif-Roy King pasang impian menggunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King meletakkan sasaran tinggi menjelang Kejohanan Badminton Malaysia Masters yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil bermula 19 hingga 24 Mei ini.

Mengambil kira undian pada kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu, Roy King menganggap pusingan separuh akhir merupakan sasaran yang realistik meskipun Arif baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Roy King berkata, dia mungkin perlu melakukan lebih ‘kerja’ pada kejohanan tersebut bagi mengurangkan beban Arif, sekali gus dapat membantu mengelak daripada berlakunya kecederaan berulang.

“Memang sasaran saya dan Arif pada kejohanan ini adalah untuk melangkah ke pusingan separuh akhir sekiranya tengok kepada undian. Sebenarnya Arif baru sahaja pulih daripada kecederaan dan ini minggu pertama dia berlatih.

“Arif pun masih pakai pendakap pada lutut kirinya kerana dia ada koyakan kecil pada meniskus dan PCL (posterior cruciate ligament). Jadi, ia mengambil sedikit masa untuk pulih,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Jalil semalam.

Menjelang pusingan pertama nanti, Arif-Roy King dijadualkan bertemu beregu Taiwan, He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan dan dijangka berdepan rakan sepasukan, Aaron Tai-Kang Khai Xing di pusingan kedua.

Sementara itu, Roy King juga mengakui ada melakukan latihan tambahan bagi menurunkan berat badan dalam usahanya untuk meningkatkan kualiti permainan, termasuk dari segi pergerakan di dalam gelanggang.

“Saya rasa berat saya sebelum ini tinggi sangat dan pergerakan di dalam gelanggang agak lambat. Saya mahu menurunkan berat badan dan tengok apa hasilnya nanti kerana sekarang sudah 73 kilogram (kg) berbanding 78kg sebelum ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN