fbpx
WARGA Indonesia yang dipaksa bekerja di pusat penipuan di Myanmar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang pada 18 Mac 2025. – AFP

Myanmar mahu hukum mati ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAYPYIDAW – Myanmar menerbitkan rang undang-undang(RUU) Parlimen hari ini yang mencadangkan hukuman mati terhadap mereka yang menahan atau memaksa mangsa secara ganas untuk bekerja di pusat penipuan dalam talian atau scam.

Pusat penipuan internet berkembang pesat di Myanmar yang dilanda perang saudara, menyasarkan pengguna internet seluruh dunia dengan penipuan pelaburan mata wang kripto dan penipuan cinta.

Pasaran gelap bernilai berbilion-bilion dolar itu menarik ramai pekerja secara rela tetapi ramai  warga asing yang dihantar pulang juga melaporkan bahawa mereka diperdagangkan ke pusat-pusat penipuan di Myanmar dan diseksa oleh pengendalinya.

RUU itu  mencadangkan hukuman mati bagi ‘keganasan, penyeksaan, tangkapan dan penahanan yang menyalahi undang-undang, atau layanan kejam terhadap orang lain bagi tujuan memaksa mereka melakukan penipuan dalam talian’.

Ia juga termasuk penjara seumur hidup ke atas  pengendali pusat penipuan dalam talian  dan mereka yang ‘melakukan penipuan mata wang digital (penipuan kripto)’.

Parlimen yang disokong tentera Myanmar  dijadualkan bersidang pada minggu pertama Jun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN