JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian pengguna jalan raya kerana terdapat objek aneh tersangkut pada topi keledarnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita itu sedang menunggang motosikal di jalan yang sibuk.
Dia terlalu fokus menunggang motosikal sehingga tidak menyedari terdapat seluar dalam lelaki tersangkut pada belakang topi keledarnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 197,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Nasib baik seluar dalam itu dalam keadaan elok!” kata seorang netizen.
“Dia (wanita berkenaan) mungkin berkejar untuk menjemput anak di sekolah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














