fbpx
Gambar hiasan

117 individu ditahan dalam operasi pedofil – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 117 individu dipercayai terlibat dalam jenayah pedofil ditahan dalam tiga operasi iaitu Pedo 1, Op Pedo 2 dan Op Cyber Guardian yang dijalankan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkembangan tangkapan ini menjadi peringatan penting bagi ibu bapa agar lebih peka terhadap keselamatan anak-anak terutama ketika menggunakan media sosial dan internet.

“Pada 30 April lalu, Ketua Polis Negara mengadakan sidang media dan mengingatkan secara keseluruhan tiga operasi tangkap pedofil. Dari Op Pedo 1 dan 2 serta Op Cyber Guardian, seramai 117 orang telah ditangkap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Lembah Pantai di sini hari ini.

Katanya, ibu bapa perlu meningkatkan pemantauan terhadap aktiviti anak-anak di alam maya memandangkan internet kini dipenuhi pelbagai cabaran dan ancaman jenayah.

Menurut beliau, penggunaan media sosial tanpa kawalan boleh mendedahkan kanak-kanak kepada risiko eksploitasi serta jenayah seksual dalam talian.

“Ini memberi satu peringatan kepada kita untuk sentiasa berjaga-jaga, pastikan anak-anak tidak bermain media sosial dan kita perlu tingkatkan usaha untuk jamin keselamatan mereka terutama bila kita berdepan dengan elemen jenayah seperti pedofil,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN