fbpx
Gambar hiasan.

Ibu tunggal rugi RM60,500 penangan ‘mabuk cinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Penangan ‘mabuk cinta’, seorang ibu tunggal kerugian sebanyak RM60,500 selepas diperdaya ‘kekasih maya’ yang baru dikenali di aplikasi TikTok.

Sebahagian besar wang yang lesap tersebut merupakan pinjaman peribadi yang dibuat oleh mangsa yang berusia lewat 30-an.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pembantu kedai itu berkenalan dengan seorang lelaki menerusi TikTok pada awal bulan lalu.

“Mereka kemudiannya berhubung menerusi WhatsApp sebelum diminta membuat bayaran kononnya bagi tempahan hotel pada 10 April lalu.

“Mangsa kemudian membuat pindahan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun e-dompet yang diberikan oleh suspek,” katanya di sini, hari ini.

Azli berkata, suspek meminta pembantu kedai makan itu ‘membantu’ membuka akaun bank miliknya kononnya telah disekat pada 22 April lalu.

Beliau berkata, ibu tunggal tersebut kemudian menunaikan permintaan tersebut dengan memindahkan RM60,000 ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa akhirnya menyedari dia diperdaya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 10.01 malam semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN