fbpx
Gambar hiasan

Fahmi tunggu taklimat isu RTM tamat siaran di Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan beliau belum menerima sebarang taklimat rasmi berhubung isu penamatan siaran saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform Astro.

Menurut beliau, perkara itu akan diteliti terlebih dahulu oleh pihak pengurusan tertinggi RTM sebelum sebarang penjelasan lanjut diberikan.

“Ya, saya belum diberikan apa-apa taklimat dan saya serahkan kepada Ketua Pengarah Penyiaran untuk meneliti isu ini. Mungkin minggu depan beliau (KP Penyiaran) akan maklumkan kepada saya apa yang sedang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai penamatan siaran beberapa saluran RTM di platform Astro.

Terdahulu, RTM dilaporkan akan menghentikan siaran saluran televisyen di platform satelit tersebut bermula pada 1 Julai ini selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan berkaitan kos dan kontrak penyiaran.

Langkah itu sekali gus menamatkan kerjasama hampir tiga dekad antara RTM dan Astro dalam penyiaran saluran televisyen kerajaan di platform berbayar tersebut.

Antara saluran yang terlibat ialah TV1, TV2 dan Okey.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN